PEKERJA projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja dalam keadaan berjerebu di Balai Ringin. FOTO Mohd Roji Kawi
PEKERJA projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja dalam keadaan berjerebu di Balai Ringin. FOTO Mohd Roji Kawi
Nor Akmar Samudin


KUALITI udara di Sri Aman bertambah baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun kepada 170 iaitu tahap tidak sihat, jam 8 pagi ini.

Ia berbanding tahap bahaya pada bacaan 407, jam 5 petang semalam.

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut menunjukkan IPU tidak sihat iaitu di Sibu (127), Sarikei (136), Samarahan (153), Samalaju (103), Bintulu (105) dan Mukah (109).

Putrajaya juga mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 141, diikuti Petaling Jaya (128) dan Nilai (139).

Data keseluruhan menunjukkan kualiti udara di 34 kawasan berada dalam keadaan tahap sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini, setiap jam.

Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 8:48 AM