MD Zawawi (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merompak berkumpulan di Mahkamah Sesyen, hari ini. FOTO Hanneeyzah Bariah Baharin.
MD Zawawi (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merompak berkumpulan di Mahkamah Sesyen, hari ini. FOTO Hanneeyzah Bariah Baharin.
Hanneeyzah Bariah Baharin


DUA sahabat terlepas hukuman penjara dan sebatan selepas Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan merompak berkumpulan, tahun lalu.

Khairul Hasrizal Kassim, 39, dan Md Zawawi Ibrahim, 35, menghela nafas lega selepas Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu sebaik, pendakwaan gagal mengemukakan keraguan munasabah di akhir prosiding.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Khairul Hasrizal dan Md Zawawi yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Rusydi Mohamad, 41, dengan melarikan telefon bimbit jenis Vivo milik mangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Bukit Apit, Hulu Terengganu, pada 11.30 malam, 16 Jun 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 3:41 PM