GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Asrol Awang

SEBANYAK 60,000 pemilik akaun di sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula 8 pagi, Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan disebabkan kerja pengalihan paip jenis keluli lembut baharu.

Katanya, pelaksanaan kerja itu dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) di projek jalan masuk baharu ke Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills).

“Kawasan yang terbabit ialah seluruh Indera Mahkota 1, 2, 3, 4 dan 5, Taman Shahzan, Industri Indera Mahkota 3, Kolej Universiti Widad, Pantai Selamat, Kampung Tiram, Tiram Aman, Kampung Paya 3 dan Cenderawasih Persona.

“Selain itu, gangguan turut berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bukit Istana, Jabatan Kerja Raya Daerah, Indera Mahkota 12, 14, 15, 16, KotaSAS, Mahkota Valley, Taman Pertanian, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Semambu, Taman Buaya dan kawasan sekitarnya.

“Kawasan lain pula di sepanjang Jalan Sungai Lembing, Kuaters Kobat, SMV Pendidikan Khas, Kampung Padang Taman Impian, Tanjung Pasir, Sungai Riau, Bukit Bakong, Batu Sawar, Bukit Kuin dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan di Kuantan, hari ini.

Turut terjejas adalah seluruh kawasan Jalan Semambu, POLISAS, Taman Serukun, kuarters Polis Pelindung, Pelindung 1, Pelindung Aman, Pelindung 70 hingga Pelindung 115 termasuk Air Putih 50 hingga 70 dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berkenaan.

“Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 2:57 PM