Siraj Mohd Zaini


EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP dan PKR mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Mereka adalah Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR).

Tinjauan Harian Metro mendapati Sultan Sharafuddin tiba di istana berkenaan, jam 9.15 pagi.

Sementara, semua ADUN yang juga EXCO kerajaan negeri itu tiba dengan dua kenderaan memasuki perkarangan istana pada 10.40 pagi.

Difahamkan, semua ADUN terbabit menghadap baginda berikutan isu membabitkan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dibawa Menteri Besar Amirudin Shari, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, minggu lalu.

Bagaimanapun, usul terbabit tidak dapat dibahaskan selepas Speaker, Ng Suee Lim menangguhkan DUN Selangor selepas dua hari bersidang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 11:40 AM
KENDERAAN membawa empat ADUN Selangor menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. FOTO Sairien Nafis
KENDERAAN membawa empat ADUN Selangor menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. FOTO Sairien Nafis