ANGGOTA bomba ketika melakukan pembersihan di sekolah itu, semalam. FOTO Mohd Khidir Zakaria.
ANGGOTA bomba ketika melakukan pembersihan di sekolah itu, semalam. FOTO Mohd Khidir Zakaria.
Mohd Khidir Zakaria


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Linggi di Port Dickson ditutup hari ini untuk proses pembersihan dan pemantauan susulan pencemaran racun serangga yang mengakibatkan 42 murid terjejas, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Md Fiah Md Jamin berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipertanggungjawabkan untuk tugas berkenaan bersama agensi berkaitan.

“Kebenaran menutup ini untuk memastikan persekitaran sekolah selamat dan pihak sekolah dibenarkan bercuti ganti.

“Proses pembersihan atas nasihat EXCO, Jabatan Kesihatan negeri dan JBPM juga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, berterima kasih kepada semua pihak terbabit dengan insiden itu sehingga tindakan segera dapat diambil.

Semalam, murid sekolah itu dilapor mengalami pening dan muntah selepas terhidu racun serangga.

Mereka dirujuk ke Klinik Kesihatan Linggi dan Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan lanjut dan siasatan pihak berkuasa mendapati punca pencemaran akibat semburan racun serangga di ladang cili terletak 500 meter dari sekolah itu.

Berita berkaitan

24 murid terhidu racun serangga

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 1:24 PM