MOHD Amar ketika ditemui media selepas Mesyuarat EXCO, hari ini. FOTO Zaman Huri Isa.
MOHD Amar ketika ditemui media selepas Mesyuarat EXCO, hari ini. FOTO Zaman Huri Isa.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


KERAJAAN Negeri Kelantan tiada maklumat rasmi berhubung perceraian Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Istana Negeri selaku pihak berkelulusan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Sultan perlu dihormati, macam kita hormat ibu bapa kita juga. Penghormatan itu mesti ada.

“Kita bimbang (berita perceraian) itu ada agenda tersembunyi. Kalau ada pelanggaran boleh diambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas dakwaan perceraian antara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan seorang wanita Russia.

Semalam, Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan mengeluarkan kenyataan memaklumkan tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Katanya, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pula adalah Mahkota Kelantan manakala, bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Berita berkaitan

Pengumuman rasmi hanya daripada Istana Kelantan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 1:51 PM