AHMAD Zahid menafikan menandatangani surat akuan sumpah yang mula tersebar luas ketika ini.
AHMAD Zahid menafikan menandatangani surat akuan sumpah yang mula tersebar luas ketika ini.
Iskandar Shah Mohamed


PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan menandatangani satu dokumen Akuan Bersumpah menyokong peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi akaun Twitter miliknya malam ini, beliau secara tegas menafikan menandatangani surat akuan sumpah itu yang mula tular ketika ini.

"Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini fitnah jahat dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Semua keputusan besar dan pendirian UMNO akan dibuat secara berpasukan," katanya.

Dokumen akuan bersumpah bertarikh 2 Julai itu mengandungi perkara antaranya mematuhi apa saja keputusan Anwar.

Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menafikan mengenai perkara sama.

Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau meminta polis menyiasat penularan dokumen palsu yang disifatkan bertujuan mencemarkan nama baiknya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 9:36 PM