MUHAMMAD Syahiran Abdul Aziz, 25 berdepan hukuman penjara dan sebat selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam dengan senjata, bulan lalu. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Muhamaad Razis Ismail

PENGANGGUR berdepan hukuman penjara dan sebat selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan menyamun kedai serbaneka 24 jam dengan senjata, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahiran Abdul Aziz, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan esok untuk jatuh hukum dan fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyamun menggunakan pisau di kedai serbaneka di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini sehingga menyebabkan kerugian RM200 pada 2.15 pagi, 23 Jun 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 1:57 PM