Ibrahim Isa


PIHAK Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua lelaki Malaysia kerana cuba menyeludup e-rokok di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Selasa lalu.

ICA dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun tiba di pusat berkenaan menaiki teksi dari Malaysia.

Menurutnya, sebaik tiba kedua-duanya diarahkan menjalani pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan, pegawai menemui dua set e-rokok dan lapan botol cecair e-rokok yang dilekat pada kedua-dua kaki lelaki berusia 22 tahun.

“Pemeriksaan pada lelaki berusia 21 tahun yang menaiki teksi sama menemui beberapa komponen e-rokok,” katanya.

Menurutnya, kedua-duanya kini disiasat Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura.

Republik itu melarang penggunaan e-rokok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 12:09 AM