WOO Siak Chee
WOO Siak Chee
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


BEKAS Pengerusi Parti Gerakan (GERAKAN) Negeri Sembilan, Datuk Woo Siak Chee meninggal dunia di rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2, malam tadi.

Pengerusi GERAKAN Negeri Sembilan, Datuk David Choong Vee Hing berkata, mendiang meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Katanya, sewaktu berada di rumahnya pada 11 malam, mendiang secara tiba-tiba rebah lalu dibawa ahli keluarga mendapatkan rawatan di Hospital Columbia, Oakland, Seremban 2.

“Mendiang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Mendiang meninggalkan isteri, seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

David berkata, mayat mendiang akan dikebumikan di Seremban Fairy Memorial Park di Lukut, Port Dickson pada Selasa ini.

“Seluruh kepimpinan GERAKAN negeri menzahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang. Kami menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 11:07 AM