ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Aidil yang terjatuh dan  lemas di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Aidil yang terjatuh dan lemas di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
Zatul Iffah Zolkiply


BUDAK lelaki yang terjatuh ketika bermain air di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini ditemui lemas pada 4.48 petang.

Mayat Muhammad Aidil Muhammad Razali, 9, ditemui dalam keadaan terlentang di dalam air pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdullah Zawawi Mohamed berkata, mayat mangsa ditemui tiga anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang ketika itu menjalankan operasi selaman.

“Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terlentang di dalam air.

“Walaupun cuaca hujan ketika SAR dijalankan, keadaan air surut sehingga paras paha memudahkan mayat mangsa ditemui.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Muhammad Aidil dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain air di Lagun Kuala Ibai pada 10.15 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang bermain bersama enam adik beradiknya yang lain dikatakan terjatuh selepas pasir dipijaknya runtuh sebelum dihanyutkan air.

Berita berkaitan

'Pujukan tragedi Muhammad Aidil'

'Pilunya Syawal, anak dikhuatiri lemas'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 7:06 PM