KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
BERNAMA

PENUNGGANG motosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di Kepong, bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan hari ini berkata, program itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Sementara itu, Ketua Penaja AMANAH Kepong Datuk Mohd Noor Ali Bakar berkata, pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 150 cc sahaja.

“Program ini kita lebih fokus kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarakat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Noor berkata, program itu kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal pada bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 6:57 PM