MUHYIDDIN menyampaikan ucapan pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
MUHYIDDIN menyampaikan ucapan pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Norizuan Shamsuddin


MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang bakal diadakan di perkarangan Masjdi Jamek, Kuala Lumpur, esok, hanyalah satu gimik politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang himpunan terbabit dilaksanakan selagi mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tapi kita hairan mereka nak berhimpun atas dasar Islam terancam. Itu sengaja memprovokasi, sedangkan negara kita sentiasa berpegang kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sejak dulu hingga kini tiada bukti bahawa Islam sebagai agama rasmi persekutuan terabai ataupun tak diberi apa-apa perhatian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara penyerahan tugas Ketua Polis Negara antara Tan Sri Muhammad Fuzi Harun kepada pengantinya Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Muhyiddin berkata, pihaknya juga tidak akan membiarkan sekiranya agama Islam diancam.

Katanya, pihaknya turut mendokong apa yang termaktub dalam perlembangaan termasuk institusi raja, kedudukan agama Islam dan Bahasa Melayu.

“Saya tidak redha kalau melihat ada usaha merobak-rabikan kedudukan Islam dalam apa cara sekalipun.

“Kalau mereka betul-betul berjuang tentang Islam, kenapa bila isu Tabung Haji timbul dengan hutang begitu banyak, di mana mereka, apa mereka buat.

“Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab menjaga dan memelihara Islam dan Tabung Haji, menyelesaikannya dengan sejumlah wang yang agak besar lebih RM17 bilion bukan main sedikit duit itu. Demikian juga institusi Felda yang menghadapi masalah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 1:35 PM