Pemandangan dari Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira, menjelang musim haji tahun ini. - FOTO Reuters
Pemandangan dari Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira, menjelang musim haji tahun ini. - FOTO Reuters
BERNAMA

Makkah: Kempen 'No Hajj Without a Permit' atau tidak boleh menunailkan haji tanpa permit dilancarkan untuk musim haji tahun ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjdi Nabawi Sheikh Dr Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais.

Al-Sudais membuat kenyataan itu pada Simposium Haji ke-48 bertajuk 'Observing Syariah Permissions and Adherence to the Regulations Approved in the Hajj Rite' yang diadakan di sini semalam, menggesa semua pihak menyokong kempen berkenaan dan bekerjasama dengan agensi keselamatan yang melaksanakannya.

Al-Sudais berkata mereka yang tidak mempunyai permit berisiko melakukan perbuatan yang melanggar syariah dan boleh mengundang dosa.

Menurut laporan itu, menunaikan ibadah haji tanpa permit juga melanggar peraturan serta arahan yang ditetapkan untuk memenuhi kepentingan awam dan jemaah haji sewajarnya mematuhi peraturan ini untuk menghindari sebarang kesan buruk.

Al-Sudais turut mengulangi kepentingan mematuhi arahan yang ditetapkan dan mendapatkan permit haji terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan serta keselesaan jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 4:29 PM