PENANG 20 MARCH 2016. Mulai tengah malam ini harga minyak petrol Ron 95  akan naik dari RM1.60 ke RM 1.80 seliter, Ron 97 dari RM1.93 ke RM 2.30 seliter, Diesel RM 1.35 ke RM1.60 seliter, Diesel E5 dari RM1.45 ke RM 1.70 seliter. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
PENANG 20 MARCH 2016. Mulai tengah malam ini harga minyak petrol Ron 95 akan naik dari RM1.60 ke RM 1.80 seliter, Ron 97 dari RM1.93 ke RM 2.30 seliter, Diesel RM 1.35 ke RM1.60 seliter, Diesel E5 dari RM1.45 ke RM 1.70 seliter. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Mohd Husni Mohd Noor


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan Kabinet belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON 95.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang masih kekal pada RM2.08 sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu.

“Saya ingin merujuk beberapa laporan media berkenaan kenyataan saya tentang penghapusan had paras harga petrol RON 95 sebelum ini.

“Seperti kenyataan asal saya sebelum ini, Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON 95,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau juga ingin menjelaskan kepada rakyat bahawa penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah satu daripada komitmen manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dan bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON 95 seperti yang tular di media sosial.

Saifuddin berkata, penstabilan harga runcit minyak sudah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, KPDNHEP sudah bersedia sepenuhnya melaksanakan subsidi petrol bersasar dan hanya menunggu senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Pembayaran subsidi akan dilaksanakan selepas kementeriannya memperoleh senarai akhir dari sekretariat BSH yang akan dijadikan data asas kepada penyaluran bantuan berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 12:29 PM