Hairulazim Mahmud


DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU)

Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018.

RUU itu diluluskan selepas Ahli Parlimen berbahas tiga hari sebelum penggulungan oleh semua menteri dari kementerian terbabit di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membacakan usul berkenaan untuk Bacaan Kali Ketiga sebelum diluluskan berkata, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan RM15.485 bilion diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2018.

Katanya, bagi maksud dan butiran (Projek) seperti yang

dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2018 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2019 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran Pertua (Projek) dalam ruang sembilan dan 10 penyata berkenaan.

Semalam, Lim ketika membentangkan RUU berkenaan untuk Bacaan Kali Kedua berkata, anggaran tambahan itu diperuntukkan kepada beberapa kementerian iaitu Kementerian Kewangan membabitkan RM9.2 bilion.

Kementerian lain ialah Kementerian Kerja Raya RM1.97 bilion; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM1.43 bilion); Kementerian Pengangkutan (RM1.4 bilion) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (RM876.4 juta).

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (RM417.5 juta), Jabatan Perdana Menteri (RM119.6 juta), Kementerian Pendidikan (RM41.5 juta) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM30 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 10:53 PM