PENDUDUK melihat lori yang melanggar motosikal mangsa di Simpang Tiga Belading, Asahan.
PENDUDUK melihat lori yang melanggar motosikal mangsa di Simpang Tiga Belading, Asahan.
Mohd Hilmie Hussin


‘ABANG Posmen’ bernasib baik apabila motosikal penghantaran surat ditunggangi hancur digilis lori di Simpang Tiga Belading, Asahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, kakitangan Pos Malaysia, Muhammad Nor Azmi Nordin, 26, terselamat apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebuah lori datang dari arah Tangkak, Johor menghala ke Asahan dan sebaik tiba di Simpang Tiga Belading, Muhammad Nor Azmi yang menunggang motosikal melalui simpang sama dari arah bertentangan.

“Mangsa yang bertugas dipercayai tidak sempat mengelak lori lalu motosikal ditunggangnya terlanggar tayar belakang sebelah kanan lori sebelum digilis.

“Penunggang motosikal hanya cedera di lengan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Arshad berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) Akta Lalulintas 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 6:01 AM