Kemalangan ngeri membabitkan wanita yang maut digilis treler di Jalan Besar Sungai Jawi menghala ke Jawi, Nibong Tebal12.10 tengah hari tadi. FOTO ihsan PDRM
Kemalangan ngeri membabitkan wanita yang maut digilis treler di Jalan Besar Sungai Jawi menghala ke Jawi, Nibong Tebal12.10 tengah hari tadi. FOTO ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini


Jawi: Penunggang motosikal wanita berusia 46 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Sungai Jawi menghala ke Jawi, Nibong Tebal 12.10 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, Nur Akmah Abdullah, maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya digilis treler selepas terbabas ke bawah kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan itu bekerja di Perak dan sebaik tiba di tempat kejadian motosikalnya bergesel dengan treler berkenaan.

Katanya, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh ke bawah treler mengakibatkan seluruh bahagian kepalanya digilis.

“Pemandu treler kemudian tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 4:52 PM