Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
BERNAMA

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan setiausaha politiknya hari ini.

Dalam kenyataan di Putrajaya hari ini, beliau dimaklumkan mengenai penahanan setiausaha politiknya itu.

“Ingin saya tegaskan saya tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM dan saya membiarkan undang-undang mengambil tempatnya,” katanya.

Menurutnya, setiausaha politik beliau adalah seperti rakyat Malaysia lain yang tertakluk kepada undang-undang.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” katanya.

SPRM menahan setiausaha politik berkenaan kerana disyaki menerima suapan berbentuk jam tangan bernilai RM28,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan 5 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber memberitahu penerimaan jam tangan itu sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kementerian itu.

Berita berkaitan

SPRM tahan Setiausaha Politik

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 11:51 PM