PETUGAS 5E Resources Sdn Bhd mengambil sampel tanah di Sungai Kim Kim yang disahkan selamat. FOTO Hairul Anuar Rahim.
PETUGAS 5E Resources Sdn Bhd mengambil sampel tanah di Sungai Kim Kim yang disahkan selamat. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Mohd Sabran Md Sani


LAPORAN penuh berkaitan isu pencemaran Sungai Kim Kim akan dibentangkan Jawatankuasa Saintifik untuk makluman penduduk, esok.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, laporan itu akan dibentangkan di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang menjelaskan secara terperinci mengikut sudut saintifik.

“Ini termasuklah kaedah pembersihan Sungai Kim Kim, pengukuran udara daripada gas berbahaya.

“Sidang media laporan itu akan menjadi lebih jelas bertujuan untuk memberi penerangan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, hari ini.

Beliau berkata, selain mengemukakan fakta sains dan buktinya sekali, pihaknya akan menjawab semua isu pembuangan sisa haram di kawasan Pasir Gudang.

Terdahulu, Yeo mengumumkan Sungai Kim Kim dan persekitarannya selamat dan bersih, sekali gus membolehkan penduduk menjalani rutin seperti biasa.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 7:48 PM