JOHOR BAHRU 18 MAC 2019. Sukarelawan membantu penduduk yang terkena simptom sakit akibat pencemaran sisa bahan kimia mendapatkan saringan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Mohd Sabran Md Sani

HANYA 12 daripada 146 penduduk Pasir Gudang yang mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Johor, hari ini, akibat pembuangan sisa toksik haram di Sungai Kim Kim, dirujuk ke hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah terkini yang dicatatkan itu adalah sehingga jam 5 petang tadi.

“Sehingga kini, hanya 51 pesakit masih ditahan di wad dan empat orang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 8:40 PM