KEADAAN rumah yang musnah akibat gempa bumi di Lombok, semalam. FOTO AFP
KEADAAN rumah yang musnah akibat gempa bumi di Lombok, semalam. FOTO AFP
Siti A'isyah Sukaimi


TIADA penuntut Malaysia yang terbabit dengan kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, perkara berkenaan berdasarkan maklumat daripada Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Tiada penuntut Malaysia berada di Lombok atau Nusa Tenggara Barat. Kedudukan penuntut yang terdekat dengan Lombok ialah di Bali iaitu sejauh 172 kilometer.

"Seramai 137 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universitas Udaya, Bali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam masa sama, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak kedutaan dan Education Malaysia Indonesia susulan insiden berkenaan.

"Saya ingin merakamkan rasa dukacita atas bencana ini dan berharap pelajar Malaysia di Indonesia sentiasa berhati-hati dan patuh dengan arahan pihak berkuasa," katanya.

Berita berkaitan

2 rakyat Malaysia terkorban gempa Lombok

22 rakyat Malaysia terperangkap gempa Lombok

Pengamal media korban gempa Lombok

Rakyat kita terbunuh gempa bumi di Lombok

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 11:55 AM