ANUAR Shaiful Rizuan Rozali didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol dan merompak gadis berusia 20 tahun di Tanah Perkuburan Cina, Sungai Lembu, Februari tahun lalu. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
ANUAR Shaiful Rizuan Rozali didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol dan merompak gadis berusia 20 tahun di Tanah Perkuburan Cina, Sungai Lembu, Februari tahun lalu. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Shamsul Munir Safini


LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dakwaan merogol dan menyamun teman wanitanya berusia 20 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, pada 4 Februari lalu.

Tertuduh, Anuar Shaiful Rizman Rozali, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu dibacakan jurubahasa.

Tertuduh yang mengenakan seluar pendek dan kemeja T mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norhayati Mohamad Yunus dan meminta untuk dibicarakan.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada 4 petang, 2 Februari lalu didapati merogol penuntut perempuan kolej swasta di kawasan tanah perkuburan cina di Sungai Lembu.

Tertuduh juga kemudian bertindak memukul dan menyamun mangsa sebelum penuntut berkenaan membuat laporan polis.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamaliza sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh.

Norhayati bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM20, 000 dan menetapkan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga melarang tertuduh untuk mendekati mangsa dalam tempoh itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Februari 2019 @ 11:39 AM