MAYAT yang ditemui di pantai berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca
MAYAT yang ditemui di pantai berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca
Nor Amalina Alias


PENGUNJUNG Pantai Melawi, di Bachok gempar dengan penemuan mayat lelaki tanpa pakaian, terdampar berhampiran Seri Pantai Chalet, hari ini.

Dalam kejadian 4.55 petang itu, polis Bachok menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat lelaki tanpa pakaian itu dipercayai hanyut di laut.

Katanya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Keadaan tubuh mayat membengkak dan hampir keseluruhan kulit pada tubuh mangsa menggelupas”, katanya ketika dihubungi, malam ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mangsa.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 11:23 PM