ABDUL Hadi Awang. FOTO Imran Makhzan.
ABDUL Hadi Awang. FOTO Imran Makhzan.
Rosli Ilham

Chukai: PAS mengerahkan pengundinya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands 26 Januari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyokong BN kerana calonnya tidak mewakili UMNO, PAS atau mana-mana parti pembangkang.

“Calon itu hanya menggunakan logo BN dan kami sokong,” katanya ketika hadir pada majlis Perasmian Dewan Dato Seri Tuan Guru di Darul Iman Traning Central (DITC) Teluk Kalong di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak meletakkan sasaran undi daripada PAS menjadi penentu kepada kemenangan calon BN.

“Kami hanya akan ketahui sama ada undi PAS menjadi penentu selepas kami lakukan post mortem PRK itu nanti.

“Berdasarkan Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU14) lalu memang jumlah undi PAS perlu diambil kira dalam menentukan kemenangan calon,” katanya.

Abdul Hadi berkata akan turun berkempen di Cameron Highlands pada 20 Januari ini.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 9:48 AM