LEE (tiga kiri) menerima anugerah khas daripada Kulasegaran, malam ini. Foto ASWADI ALIAS.
LEE (tiga kiri) menerima anugerah khas daripada Kulasegaran, malam ini. Foto ASWADI ALIAS.
Kalbana Perimbanayagam


PENGERUSI Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menerima anugerah khas sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak NIOSH, malam ini.

Ia bagi menghargai pembabitan penuh dedikasi dan sumbangan beliau kepada NIOSH dalam tempoh 25 tahun.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Selain itu, akhbar Harian Metro dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dari Kumpulan Media Prima Berhad serta beberapa organisasi media terpilih menerima sijil penghargaan daripada NIOSH bagi menghargai peranan serta kerjasama dalam menyokong peranan dan kepentingan bidang keselamatan dan kesihatan.

PENGARANG Bersekutu Harian Metro, Husain Jahit (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Lee. Foto ASWADI ALIAS
PENGARANG Bersekutu Harian Metro, Husain Jahit (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Lee. Foto ASWADI ALIAS

Sijil penghargaan kepada wakil media disampaikan oleh Lam Thye.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Lim Eng Hock dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 11:58 PM