LEE (tengah) merasmikan COSH 2017, semalam.
LEE (tengah) merasmikan COSH 2017, semalam.

Bangi: Majikan perlu membantu melahirkan lebih ramai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (PKK) bagi menampung peningkatan permintaan seiring pembangunan baru.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan permintaan, sekurang-kurangnya 9,000 PKK diperlukan di seluruh negara.

“Bagaimanapun, rekod Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan hanya 5,984 PKK yang mendaftar dan memiliki lesen daripada jabatan itu tahun lalu.

“Lebih membimbangkan, rekod JKKP juga menunjukkan lebih separuh PKK berkenaan tidak aktif atau belum memperbaharui lesen mereka tahun ini,” katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) 2017 di ibu pejabat NIOSH, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 3:32 AM