ANTARA kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah Hulu Langat. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah Hulu Langat. FOTO ihsan Bomba
Fazrik Kamarudin

TIGA kampung di daerah Hulu Langat terjejas akibat banjir selepas limpahan Sungai Beranangs akibat hujan lebat, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata, tiga kampung yang terbabit adalah Kampung Sesapan Batu Rembau, Kampung Sesapan Minangkabau dan Kampung Paya Tanjung.

"Di Kampung Sesapan Minangkabau, banjir membabitkan 16 rumah dan 36 keluarga dengan jumlah keseluruhan mangsa adalah 46 orang.

"Manakala di Kampung Sesapan Batu Rembau dan Kampung Paya Tanjung, 25 rumah terjejas dan mangsa sudah pun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau. Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa masih belum diperolehi.

"Anggota bomba dikerah ke lokasi bagi membantu sebarang usaha pemindahan mangsa banjir dan pemantauan berterusan keadaan banjir," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 4:54 PM