NURULHIDAYAH. FOTO Arkib NSTP
NURULHIDAYAH. FOTO Arkib NSTP
Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar


ANAK Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah turut dipanggil ke

Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Selain, Nurulhidayah, turut dipanggil, abang tiri Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Difahamkan, kedua-duanya bersama dengan Ahmad Zahid dipanggil SPRM bagi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di SPRM Putrajaya, dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus Lexus berwarna putih, jam 9.20 pagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna hijau dan berseluar gelap kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan.

Ini adalah kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil SPRM.

Kali pertama dan kedua adalah pada 2 dan 3 Julai lalu.

Berita berkaitan

Zahid dipanggil kali ketiga ke SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 11:00 AM