ANGGOTA polis membawa mayat mangsa lemas ke bilik mayat Hospital Besut FOTO Mohammad Ishak
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa lemas ke bilik mayat Hospital Besut FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


LELAKI ditemui lemas ketika mandi di Long Beach Pulau Perhentian, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa berusia 44 tahun dari Pulau Pinang, bersama rakannya dikatakan ke tempat kejadian untuk mandi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendah Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian mangsa sudah dinasihatkan orang awam supaya tidak melakukan aktiviti berenang, tetapi tidak diendahkan mangsa.

Beliau berkata, polis menerima panggilan pada 6.18 petang memaklumkan seorang lelaki lemas di pulau itu.

“Mangsa dilaporkan datang ke pulau itu dengan seorang rakan sejak beberapa hari lalu dan menginap di resort di situ.

“Mangsa dilaporkan mahu mandi dan berenang di lokasi berkenaan sebelum ditemui lemas.

“Mayat mangsa ditemui orang awam 6.30 petang dan di bawa ke Hospital Besut dengan bantuan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 6:11 PM