PENDUDUK menunggu untuk dibawa keluar dari lokasi bencana di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri di Palu, Sulawesi. FOTO Reuters/Antara Foto/Akbar Tado
PENDUDUK menunggu untuk dibawa keluar dari lokasi bencana di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri di Palu, Sulawesi. FOTO Reuters/Antara Foto/Akbar Tado
Nor Azizah Mokhtar


DUA rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Sulawesi Tengah, Indonesia ketika gempa bumi dan tsunami melanda pulau itu, Jumaat lalu, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Difahamkan, dua rakyat Malaysia itu antara 61 rakyat asing yang berada di Sulawesi Tengah ketika gempa itu menggegarkan Kota Palu dan Donggala.

Pegawai bertugas Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi NSTP, hari ini memberitahu kedua-dua mereka sudah pun keluar daripada kawasan yang terjejas dan mereka berada dalam keadaan baik.

“Kita sedang mendapatkan maklumat mengenai identiti mereka namun kedua-duanya selamat dan sudah keluar dari kawasan yang dilanda gempa dan tsunami.

“Dua rakyat Malaysia terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita kini berada di luar kawasan gempa dengan salah seorang kini dalam perjalanan ke Jakarta dengan pesawat pemindahan milik tentera Indonesia,” jelas beliau.

Katanya lagi, pihak kedutaan dimaklumkan kedua-dua mereka berada di Sulawesi Tengah atas urusan kerja.

“Buat masa ini kita belum ada menerima sebarang laporan mengenai kehilangan rakyat Malaysia dalam kejadian itu.

“Justeru kita minta orang ramai yang mengetahui ada ahli keluarga atau rakan mereka berada di lokasi yang terjejas untuk berhubung dengan pihak kedutaan di talian +6281380813036,” kata beliau.

Jumaat lalu, gempa bumi kuat berskala 7.5 magnitud itu turut menyebabkan tsunami melanda bandar Palu yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai dan setakat ini lebih 800 orang dilaporkan terkorban.

Berita berkaitan:

200 gempa susulan [METROTV]

Maut terjun menara kawalan

Kalau belum ajal...

Jalan rosak rencat usaha menyelamat [METROTV]

Ditelan ombak 6 meter

Hampir 400 terbunuh [METROTV]

Indonesia guna Hercules, kapal maritim

Lari ke bukit, banyak mayat di pantai

Indonesia kerah semua pihak bantu Palu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 September 2018 @ 10:52 PM