LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohamed Basyir

POLIS menahan tujuh lagi lelaki warga Thailand bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki di sebuah rumah tumpangan di Gat Lebuh Chulia, Georgetown, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, individu terbabit antara 14 penghuni rumah berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah menahan lapan individu termasuk isteri kepada mangsa yang juga suspek utama dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

NSTP sebelum ini melaporkan seorang isteri dipercayai bertindak menikam suaminya dengan pisau dalam pergaduhan dipercayai akibat masalah kewangan di sebuah rumah tumpangan di Gat Lebuh Chulia, semalam.

Polis dimaklumkan berhubung kejadian jam 10.20 malam dan sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi menemui mayat lelaki itu dengan kesan kecederaan di dada.

Suspek, 38, yang juga warga Thailand dipercayai menikam suaminya dikenali sebagai Suriya Kanchaiyaphum, 36, di dapur rumah tumpangan itu.

Berikutan itu, polis menahan wanita terbabit dan turut menemui senjata tajam yang digunakan dalam kejadian.

Berita berkaitan

Suami maut ditikam isteri...

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 8:54 AM