Mangsa yang ditikam ketika makan. FOTO ihsan pembaca
Mangsa yang ditikam ketika makan. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan

Georgetown: Lelaki berusia 58 tahun maut selepas ditikam pesakit mental ketika makan di restoran di Gat Lebuh Maccalum, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, Lim Cheong Wah, 58, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 42 tahun datang secara tiba-tiba dan menikam belakang badan mangsa.

"Polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati dia mempunyai masalah mental.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 9:47 PM