MAYAT kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui kira-kira jam 8.30 malam semalam di sungai Kampung Samparita, Kota Marudu. Foto NSTP/IHSAN BOMBA KOTA MARUDU.
MAYAT kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui kira-kira jam 8.30 malam semalam di sungai Kampung Samparita, Kota Marudu. Foto NSTP/IHSAN BOMBA KOTA MARUDU.
Recqueal Raimi


MAYAT kanak-kanak lelaki ditemui 8.30 malam tadi di sungai Kampung Samparita, Kota Marudu.

Sebelum itu mangsa, Aimie Mohammad Amizan Asri, 10, dikatakan mandi bersama keluarga sebelum tergelincir ke kawasan dalam dan lemas pada 6.58 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer.

Katanya, operasi mencari mangsa turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Namun, disebabkan keadaan mulai gelap operasi hanya dilakukan melalui permukaan air sungai.

"Tidak lama kemudian, mangsa berjaya ditemui penduduk di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Rony berkata, operasi ditamatkan serta-merta selepas mangsa ditemui manakala siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 8:56 AM