Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, walaupun ia dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri namun usaha menyelesaikan perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua prasekolah itu dapat terus beroperasi di negara ini.

“Hak memberi peruntukan pengurusan bukan di bawah KPM kerana ia diletakkan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

“Namun, KPM akan campur tangan dalam urusan itu,” katanya pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Maszlee menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai pendirian kerajaan terhadap isu peruntukan pengurusan pra-sekolah SJKT yang pernah dibantu Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).

Isu peruntukan dana itu membabitkan 500 guru dan 7,000 kanak-kanak di seluruh negara yang dibantu SEDIC sejak tahun 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 1:05 PM