Ekhwan Haque Fazlul Haque


WISMA Hopoh di Jalan P Ramlee, Kuching, yang juga pusat beli-belah tertua di bandar raya ini terbakar, pagi hari ini.

Kejadian 6.35 pagi itu disedari orang awam selepas melihat asap tebal keluar dari tingkat empat bangunan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.42 pagi.

Menurutnya, susulan daripada laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Kuching dikejarkan ke lokasi.

KEADAAN di Pantai Chenang, Langkawi yang dibuka kepada pelancong. FOTO arkib NSTP
KEADAAN di Pantai Chenang, Langkawi yang dibuka kepada pelancong. FOTO arkib NSTP

“Asap tebal dikesan keluar dari tingkat empat bangunan berkenaan sebelum anggota masuk ke dalam premis untuk mencari punca api.

“Setakat ini operasi pemadaman masih diteruskan untuk memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada mangsa terbabit ketika kebakaran berlaku kerana pusat beli-belah berkenaan masih belum memulakan operasi harian.

Wisma Hopoh antara pusat beli-belah terawal di bandar ini yang menjadi tumpuan penduduk setempat lebih 25 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 12:18 PM