MANGSA kemalangan dibantu anggota bomba dan orang ramai. FOTO Ihsan JBPM
MANGSA kemalangan dibantu anggota bomba dan orang ramai. FOTO Ihsan JBPM
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


PEMANDU van maut apabila kenderaan dipandunya bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 2, Jalan Kerian, Simpang Empat Semanggol, Bagan Serai, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, mangsa R Jeevan, 22, yang memandu van Ford Econovan meningga dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sementara, pesara tentera, 48, patah kedua-dua tangannya manakala pasangannya jururawat, 45, cedera di muka dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati van yang dipandu Jeevan ikatakan hilang kawalan sebelum merempuh MPV Toyota Innova dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, pemandu van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua mangsa dipercayai suami isteri di dalam MPV cedera parah.

“Mangsa yang maut tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota bomba lalu dihanatr ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat,” katanya.

Katamya, mangsa yang bekerja sebagai penjual kenderaan terpakai berasal dari Taman Sri Selinsing, Bagan Serai.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Penolong Bomba Kanan II Rodzi Che Pa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.37 pagi.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 4:05 PM