PEMANDU van kilang parah selepas terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit di Simpang Lima, Jalan Alor Pongsu awal pagi tadi . FOTO Ihsan Bomba
PEMANDU van kilang parah selepas terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit di Simpang Lima, Jalan Alor Pongsu awal pagi tadi . FOTO Ihsan Bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


PEMANDU van kilang terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kaki kanannya tersepit sejurus van dipandu terbabas dan merempuh kedai runcit di Simpang Lima, Jalan Alor Pongsu, Bagan Serai, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.02 pagi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu.

"Ketika kejadian, tiada penumpang atau pekerja kilang berada dalam van itu dan difahamkan mangsa dalam perjalanan mengambil pekerja kilang di kawasan sekitar.

"Pihak kami menggunakan alat pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di ruang pemandu.

"Kejadian menyebabkan paha mangsa parah dipercayai patah dan mangsa kemudian diserahkan kepada petugas ambulans untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada 5.40 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 11:39 AM