JUNITA (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan #HMKotakRezeki kepada Alias (tiga dari kanan) sambil diperhatikan  Wan Norhaizan (dua dari kiri) dan   Azhari  (dua dari kanan).
JUNITA (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan #HMKotakRezeki kepada Alias (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Wan Norhaizan (dua dari kiri) dan Azhari (dua dari kanan).
Izlaily Nurul Ain Hussein

Kulai: Sumbangan #HMKotakRezeki kelengkapan dapur buat Madrasah Tahfiz Nurul Yakin, FELDA Sungai Sayong di sini, akan turut dikongsi bersama masyarakat setempat dan golongan kurang berkemampuan.

Pengetuanya, Alias Haron berkata, ia dilakukan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat setempat yang menyokong dan memberi sumbangan serta bantuan kepada madrasah berkenaan selama ini.

“Terima kasih atas sumbangan kali kedua daripada Harian Metro (HM), Affin Bank Group, Pos Laju serta semua penaja lain. Kami terharu atas ingatan ini.

“Sebenarnya, usaha murni daripada anda semua ini akan kami sumbangkan juga kepada mereka yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan ini.

“Insya-Allah kami akan memasak menggunakan barangan dapur dalam #HMKotakRezeki ini sebelum dikongsikan dengan mereka,” katanya ketika menerima kunjungan HM, Affin Bank Group dan Pos Laju di sini, semalam.

Kunjungan itu disertai Pengurus Cawangan Affin Bank, Kulai Wan Norhaizan Wan Abdullah Zawawi, Penolong Eksekutif Pos Laju Malaysia Azhari Jais dan Ketua Biro (NSTP Johor Junita Mat Rasid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 11:26 AM