NIK Omar (kanan) bersalam dengan Calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Tun M Bersama Rakyat di Jalan Yaakubiah, Kampung Cherang. -Foto SYAMSI SUHAIMI
NIK Omar (kanan) bersalam dengan Calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Tun M Bersama Rakyat di Jalan Yaakubiah, Kampung Cherang. -Foto SYAMSI SUHAIMI
Sharifah Mahsinah Abdullah


ANAK bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz, hidup dalam kesederhanaan seperti ayahnya.

Perkara itu didedahkan sepupu Nik Omar, Mohd Sabri Salleh, di hadapan kira-kira 500 pengunjung yang hadir di satu ceramah dekat Dusun Raja di Chempaka, Kota Bharu, baru-baru ini.

Mohd Sabri berkata, Nik Omar yang juga calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, mengikuti jejak langkah arwah bapanya dengan hidup dalam kesederhanaan.

"Sebagai sepupu yang rapat dengannya, saya mengenali Nik Omar secara peribadi dan ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa dia tidak berduit berbanding individu lain,” katanya.

Beliau berkata rakyat negeri ini perlu memberi peluang kepada Nik Omar kerana dia adalah seorang yang alim dan mempunyai kelakuan yang mulia.

Nik Omar akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara Mohamed Fareez Noor Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood@ Mohammad (PAS).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 1:03 PM