DATUK Danyal Balagopal Abdullah (dua kanan) hadir membuat pendaftaran untuk calon Pakatan Harapan P132 Port Dickson di Komplek Pertadbiran Daerah Port Dickson. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN dan MOHD KHIDIR ZAKARIA
DATUK Danyal Balagopal Abdullah (dua kanan) hadir membuat pendaftaran untuk calon Pakatan Harapan P132 Port Dickson di Komplek Pertadbiran Daerah Port Dickson. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN dan MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria

news@ nstp.com.my

“Saya bukan calon bidan terjun, memang saya sedia untuk dicalonkan,” kata calon pakatan pembangkang P132 Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, ketika ditemui selepas Penamaan Calon di Kompleks Pejabat Daerah Port Dickson di Port Dickson, hari ini.

Danyal akan menggantikan calon PKR Rosman Jonet yang digugurkan untuk bertanding di kerusi itu semalam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau gagal mengemukakan laporan kewangan.

Danyal berkata, beliau bersedia untuk bertanding dan mempertahankan kerusi yang dimenangi PKR sejak dua penggal lalu.

“Saya bekas Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tahun 2011-2015 dan Chief De Mision Sukan Asia 2014.

“Walaupun asal dari Batu Kurau, Perak dan bukan anak tempatan, tetapi pengundi bijak memilih dan saya yakin kami dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi PKR sejak dua penggal yang lalu,” katanya yang juga bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 11:21 AM