FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Nur Syazwana Mansor


LELAKI maut dalam kemalangan selepas keretanya terbabas sebelum merempuh pokok di jalan Hulu Sedaka, Yan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa, Ismail Che Mat, 43, dari Kampung Seberang Kuala Sala, sedang dalam perjalanan dari Simpang Empat Sedaka menghala ke Hulu Sedaka.

Shahnaz berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar pokok.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Yan untuk tujuan bedah siasat manakala Kes diteruskan siasatan di bawah Sek 41(1) APJ1987," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 10:26 AM