ISTERI mangsa, Enas Al Batsh, 30 (tengah) keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang selepas menziarahi jenazah suaminya, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang mati ditembak kelmarin. FOTO Saddam Yusoff
ISTERI mangsa, Enas Al Batsh, 30 (tengah) keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang selepas menziarahi jenazah suaminya, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang mati ditembak kelmarin. FOTO Saddam Yusoff
Mohd Azam Shah Yaacob


“KAMI harap segala urusan membawa pulang jenazah Fadi berjalan lancar kerana tiket penerbangan pulang pada keesokan hari sudah pun ditempah," kata Dr Abdul Rahim, kenalan Allahyarham Dr Fadi M R AlBatsh yang ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Selayang (HS), hari ini bagi urusan membawa pulang jenazah pensyarah warga Palestin itu yang maut ditembak dua lelaki bermotosikal Sabtu lalu.

Abdul Rahim hadir di HS sejak 9.30 pagi tadi bersama adik lelaki Fadi,Dr Remi AlBatsh, 31, dan isteri pensyarah itu, Enas, 30.

Menurut Abdul Rahim, jenazah Fadi akan dibawa pulang menerusi penerbangan terus dari KLIA ke Mesir sebelum dibawa masuk ke Palestin.

"Buat masa ini, kami menerusi Kedutaan Palestin di Malaysia sedang mendapatkan kebenaran untuk membawa pulang jenazah Fadi menerusi Mesir. Hanya kelulusan dari Mesir yang kita tunggu.

"Mungkin petang ini kita akan dapat maklum balas dari Kedutaan Mesir. Jika dapat, jenazah Fadi akan kita bawa pulang pada keesokan hari seperti dirancangkan," katanya.

Abdul Rahim bersama Enas dan Remi dilihat meninggalkan perkarangan HS pada 11.30 pagi tadi.

Kehadiran Abdul Rahim bersama Enas dan Remi bagi menyerahkan beberapa dokumen penting kepada pihak HS bagi memudahkan urusan menuntut jenazah Fadi.

Cubaan wartawan untuk menemubual Remi dan Enas gagal berikutan kedua-duanya memaklumkan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

Tinjauan NSTP di perkarangan Unit Forensik HS mendapati kira-kira 20 jurugambar dan wartawan sudah mula menunggu sejak 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan lanjut kes pembunuhan Fadi yang turut mendapat perhatian media seluruh dunia terutama di Asia Barat.

Berita berkaitan

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 12:26 PM