KD Lekiu.
KD Lekiu.
Mohd Fauzi Abdullah dan Mohd Azam Shah Yaacob dan Kalbana Perimbanayagam

Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekiu belayar bersama kapal perang dari negara lain termasuk Indonesia, Filipina, Jepun dan India bagi menyertai eksesais ketenteraan Rim of The Pasific 2018 (RIMPAC) di Honolulu, Hawaii bermula Jun depan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kapal berkenaan melakukan pelayaran pada hujung Mei ini.

Katanya, antara latihan disertai adalah Passage Exercise (PASSEX), selain beberapa latihan lain yang sudah dirancang.

“KD Lekiu akan menyertai RIMPAC selama tiga bulan termasuk tempoh pelayaran. Ia turut membabitkan penyertaan 27 negara lain,” katanya ketika ditemui di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 3:38 AM