HM Digital

Port Dickson: Kementerian Pertahanan, semalam melancarkan Pelan Induk Perumahan kementerian itu bertujuan menyelaras semua program perumahan yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelan induk itu membabitkan lima program utama iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

HISHAMMUDDIN melawat tapak pameran, model perumahan baru pada majlis perlancaran Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan di MALBATT Village, Port Dickson. FOTO Adzlan Sidek
HISHAMMUDDIN melawat tapak pameran, model perumahan baru pada majlis perlancaran Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan di MALBATT Village, Port Dickson. FOTO Adzlan Sidek

Ia turut membabitkan Program Baik Pulih Kediaman Veteran 1 Malaysia (1MVHRP), Inisiatif Rumah Idaman serta mewujudkan pusat sehenti sebagai pemudah cara dalam urusan pemilikan rumah untuk golongan terbabit.

“Di bawah pelan induk ini, sebanyak 40,627 unit RKAT akan dibina di seluruh negara menjelang tahun 2030. Jumlah ini termasuk 9,096 unit yang sudah dan sedang dibina.

“Perumahan SASaR pula dijual pada harga antara RM150,000 hingga RM250,000,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 April 2018 @ 9:14 AM