PENDUDUK mengambil peluang selepas masalah air mula pulih di sekitar  Keramat berikutan ketiadaan air hampir seminggu di seluruh Lembah Klang.
PENDUDUK mengambil peluang selepas masalah air mula pulih di sekitar Keramat berikutan ketiadaan air hampir seminggu di seluruh Lembah Klang.
SEBAHAGIAN kedai mencuci kenderaan mula beroperasi  selepas gangguan air kembali pulih.
SEBAHAGIAN kedai mencuci kenderaan mula beroperasi selepas gangguan air kembali pulih.
Syanty Octavia Amry & Awaina Arbee


Shah Alam: Bekalan air di kebanyakan kawasan sudah pulih secara berperingkat walaupun tekanan masih rendah.

Malah, sudah dapat dilihat aktiviti perniagaan di beberapa premis seperti cuci kereta, restoran, sekolah dan rumah berjalan seperti biasa berikutan keadaan itu.

Pekerja pencuci kereta yang mahu dikenali,
Abul gembira apabila perniagaannya sudah boleh beroperasi seperti sedia kala.

“Sebelum ini, premis saya tidak menjalankan kerja-kerja mencuci kenderaan berikutan bekalan air terganggu dan terpaksa berpindah
ke tempat lain.

“Memang lega apabila air sudah ada dan berharap kejadian ini tidak berulang,” katanya yang mempunyai kedai cuci kereta di Seksyen 7, di sini.

Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna merungut berikutan bekalan air masih lambat diperoleh.

Pengasuh bayi, Siti Amira, berkata, bekalan air di tempat tinggalnya yang terletak di Seksyen 17 mula terganggu sejak malam Isnin lalu.

“Rasa gembira apabila bekalan air sudah pun dipulihkan, tetapi ia sangat perlahan sehingga menyukarkan saya yang menjaga ramai kanak-kanak yang sentiasa memerlukan
air,” katanya.

Siti Amira berkata, Ahad lalu, tidak ada air
di kawasan perumahannya dan bekalan dihantar pada waktu tengah malam.

Dia turut kesal syarikat berkaitan menghantar lori air pada jam 3 pagi.

“Kenapa mereka menghantar bekalan air pada waktu tengah malam? Orang sedang tidur dan mereka tidak boleh mengharapkan orang ramai untuk bangun pada waktu itu,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan bahawa bekalan air di kawasan yang terjejas di sekitar Lembah Klang akan disalurkan secara berperingkat berikutan gangguan air yang berlaku selama empat hari.

Gangguan bekalan air bermula pada 6 Mac dan sepatutnya berakhir pada 9 Mac. Namun, tempohnya terpaksa dilanjutkan selepas Sistem Mampatan Udara Surge Vessel System pecah pada 6 Mac lalu.

Kesan daripada itu, sebanyak 505 kawasan
di Lembah Klang terpaksa berdepan dengan masalah gangguan bekalan air.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad ketika dihubungi berkata, bekalan air di keseluruhan yang terjejas sudah pulih 100 peratus.

“Bekalan air
di kawasan seperti
Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat 100 peratus
pulih sepenuhnya.

“Namun, tiga kawasan di Wilayah Petaling masih lagi dalam proses pemulihan berikutan
ia berada di lokasi tinggi dan d ipenghujung
sistem agihan.

“Antara kawasan terbabit ialah Taman Bukit Kuchai, Bandar Puchong Jaya dan Subang Jaya iaitu di SS12 hingga SS19,” katanya.

Raof berkata, pihaknya prihatin atas kesulitan dihadapi pengguna dan memohon maaf terhadap kesulitan yang berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 10:09 AM