Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Polis Johor yakin dapat menampung kekurangan 1,200 pegawai dan anggota untuk bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, walaupun mendapati ada kekurangan pegawai dan anggota untuk bertugas pada PRU-14 namun beliau percaya strategi dan kaedah digunakan jawatankuasa pengendali dapat mengatasi masalah.

Beliau berkata, selepas meneliti maklumat penugasan didapati pihaknya memerlukan 1,200 lagi pegawai dan anggota.

MOHD Khalil berucap pada  Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin
MOHD Khalil berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin

“Alhamdulillah kekurangan ini ditampung dengan bantuan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) dan juga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kami juga menggunakan khidmat dari pusat latihan polis di Johor serta Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 4:38 AM