FOTO hiasan
FOTO hiasan
Mohd Rizal Abdullah


SUAMI isteri yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian zink bumbung bernilai RM3,000 ditahan dalam tempoh kurang lapan jam selepas mereka melakukan jenayah itu di sebuah rumah di Pujut Corner, Miri, semalam.

Suspek berusia 30-an itu dicekup pada 1 tengah hari selepas polis menerima laporan pengadu pada 8 pagi hari sama yang mendakwa lebih 20 zink bumbung rumahnya hilang.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis menemui lapan zink pelbagai saiz di perkarangan rumah pasangan terbabit.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

“Sebelum itu, seorang lelaki berusia 63 tahun membuat laporan polis apabila mendapati 28 bumbung zink rumahnya dan enam batang paip besi yang diletakkan di perkarangan rumahnya lesap.

“Sepasukan polis kemudian melakukan siasatan sebelum mengesan dan menahan kedua-dua suspek terbabit untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2018 @ 4:15 PM