IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohamad Fahd Rahmat


WARGA emas yang kemurungan kerana darah tinggi dan kencing manis nekad terjun dari Jambatan Sungai Bindu, Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor, awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat, Superintendan Mender Singh, berkata mangsa, Woo Yet Be, 62, sering mengeluh kepada anaknya mengenai nasib menimpanya.

“Ibu pengadu sering mengeluh kerana penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya menyebabkannya dalam keadaan lemah.

“Pengadu menyatakan pada 4 hingga 7 November lalu, ibunya dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) akibat penyakit dihidapi.

“Apabila keluar dari hospital, ibunya dalam murung hingga kakinya berkeadaan lemah.

“Pengadu menasihatkan ibunya supaya bersabar menerima keadaan itu dan makan ubat,” katanya.

Beliau berkata, polis menjumpai Perodua Kancil berwarna biru yang dipercayai dipandu mangsa dan ditinggalkan dalam keadaan pintu sebelah pemandu terbuka di tempat kejadian pada 5.45 pagi.

“Polis membuat pemeriksaan dan menjumpai kunci kereta berserta nota bertulisan Cina dan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Bantuan turut diminta daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan unit skuba Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mencari mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 8:28 PM