Megat Zulkarnain (tengah) bergambar kenangan bersama 100 peserta cilik pada Pertandingan Seni Silat Lincah Malaysia Tertutup Antara Gelanggang Pulau Pinang 2018 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, Pulau Pinang. FOTO AMIR IRSYAD OMAR
Megat Zulkarnain (tengah) bergambar kenangan bersama 100 peserta cilik pada Pertandingan Seni Silat Lincah Malaysia Tertutup Antara Gelanggang Pulau Pinang 2018 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, Pulau Pinang. FOTO AMIR IRSYAD OMAR
Muhammad Shalaby Shahbuddin


Seni silat penting dan perlu diterapkan kepada generasi muda bagi memberi pengisian jiwa untuk membina jati diri mereka.

Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, dengan adanya program satu sekolah satu silat, ia mampu melatih generasi muda mempunyai nilai kemanusiaan selain menumpukan kepada bidang akademik.

"Sekolah yang mempunyai akademik saja belum tentu dapat menyelamatkan peradaban generasi muda ketika ini dan kita ambil contoh seperti kejadian membakar pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat tahun lalu.

"Dengan adanya nilai kemanusiaan diterapkan dalam seni silat di setiap sekolah, ia mampu memberi pengisian jiwa dan pembinaan jati diri bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku," katanya selepas menyempurnakan upacara penutupan Pertandingan PSSLM Tertutup Antara Gelanggang Pulau Pinang Kali - 1 (2018) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2, semalam.

Beliau berkata, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memberi galakan terutama kepada anak mereka untuk menceburi seni silat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 11:59 PM